Thursday 30 May 2013

Pembangkang ‘Panas Telinga’, Khairy Tangkis Hujah Anwar Dengan Fakta


KUALA LUMPUR 1 Okt. – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak dakwaan bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) menzalimi mana-mana pihak atau negeri yang ditadbir pakatan pembangkang.

Ia sebagai respons kepada dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan isu kononnya kerajaan persekutuan menzalimi negeri-negeri berkenaan daripada segi bantuan kewangan.

“Kerajaan BN tidak menzalimi atau menghukum mana-mana pihak. Ketua Pembangkang (Anwar) kata kena rujuk Kementerian Kewangan. Saya sudah jumpa kementerian terbabit dan minta statistik,” kata Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 yang bermula di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menguatkan hujahnya dengan memberi contoh jumlah kutipan cukai kerajaan pusat yang diperoleh dari Kelantan pada 2008 adalah RM249 juta.

‘Anwar Spring’ Sesuai Dengan Matlamat Himpunan Pembangkang

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang atas alasan untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah agenda peribadi ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang selayaknya menerima gelaran ‘Anwar Spring’, kata penganalisis politik tempatan, Prof Dr. Ahmad Atory Hussein.

Semalam, Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan siri perhimpunan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang dilabel sebagai Anwar Spring dan bukannya Malaysia Spring seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Anwar Sping amat tepat dengan apa yang dilakukan kerana perhimpunan terbabit mempunyai matlamat untuk agenda peribadi Anwar yang sememangnya mengidamkan jawatan Perdana Menteri negara ini,” katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, jika dilihat dari keputusan PRU-13 lalu, Anwar tidak kalah kerana beliau yang bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dapat mengekalkan kemenangannya, begitu juga dengan anaknya, Nurul Izzah di Lembah Pantai.