Sunday 12 May 2013

MALAYSIA KENA TIPU!




Tiada Perjanjian MB Selangor Mesti Daripada PKR – Dewan Pemuda PAS Selangor


SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor pada Jumaat menegaskan bahawa tiada sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan Menteri Besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR jika gabungan parti PAS, PKR dan DAP memerintah negeri itu.
Justeru, Timbalan Ketuanya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR Selangor, termasuk Azmin Ali agar tidak melatah sebaliknya perlu ‘cermin diri dan sedar diri’ sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.
“Dewan Pemuda PAS negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri sendiri.
“Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) di Selangor melebihi PAS dan DAP,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Pada Pilihan Raya Umum Ahad lepas, Pakatan Rakyat memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu dengan PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula menguasai 12 kerusi DUN.
Mohd Sany berharap pimpinan Pakatan Rakyat Selangor akan menyelesaikan isu pelantikan Menteri Besar dalam masa terdekat dan pihaknya akan menghormati keputusan itu. – BERNAMA

PILIH NUWA... PILIH






AIDCNews – 11/05/13 – Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memilih antara Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk menyelesaikan kemelut krisis dalam PKR Selangor.
Saranan itu diutarakan oleh bekas Timbalan Presiden Keadilan, Dr Chandra Muzaffar.
“Kalau kita kaji secara mendalam pertelingkahan presiden dan timbalan presiden PKR puncanya adalah peranan yang dimainkan Anwar kerana tidak mahu melakukan sesuatu sebagai ketua umum yang mungkin akan menimbulkan reaksi negatif salah seorang daripada mereka.
“Anwar cuba memenuhi hasrat mereka, dalam politik sepatutnya tidak boleh berlaku macam ni. Di mana pada satu masa dia nak sokong Wan Azizah dan satu masa nak sokong Azmin.
“Anwar harus jelaskan pendirian, dia harus pilih antara presiden dan timbalan presiden,” katanya kepada Antarapos.
Ujar beliau, masalah antara Wan Azizah dan Azmin telah berlarutan sejak empat tahun yang lalu dan ia perlu diatasi segera demi kepentingan parti.
Dr Chandra turut mendakwa Anwar bersikap sedemikian kerana bimbang rahsia yang disimpan kedua-dua individu terbabit akan terbongkar sekiranya beliau memilih salah seorang daripada mereka.
“Isu menteri besar pula saya menganggap ia sebagai simptom, manifestasi masalah ini (tetapi) puncanya dulu perlu kita selesaikan (iaitu) sikap Anwar Ibrahim ini.
“Soal pemilihan tidak dapat mengatasi masalah ini. Pemilihan mungkin akan mencerminkan konflik antara kedua pemimpin ini. Presiden mungkin ada dia punya calon, timbalan pun ada dia punya calon. Konflik ini akan berterusan jika puncanya tidak diatasi,” katanya lagi.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan Mstar berkata perlantikan Menteri Besar (MB) Selangor harus diputuskan segera kerana kelewatan akan memberi kesan negatif terhadap Pakatan Rakyat.
“Dengan setiap saat kelewatan, ia tidak baik untuk Pakatan Rakyat serta rakyat Selangor.
“Dua negeri (yang dikuasai Pakatan) telah mengangkat sumpah jawatan ketua-ketua negeri mereka dan barisan exco, dan saya fikir Selangor sepatutnya yang paling cepat,” katanya dalam satu sidang media pada Sabtu.
Guan Eng turut membidas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang meminta supaya DAP dan PAS tidak campur tangan dalam isu pelantikan MB Selangor.
Beliau berkata, sebagaimana rakyat mengundi untuk pakatan itu dan bukan hanya PAS, PKR atau DAP, ia adalah penting untuk ketiga-tiga pihak untuk terlibat dalam proses berkenaan.