Friday 28 June 2013

Azhar Idrus Calon PAS Kuala Besut?

SEJAK kerusi DUN Kuala Besut kosong beberapa hari lepas akibat kematian ADUNYA, Datuk Dr. A Rahman Mokhtar akibat kanser dan komplikasi paru-paru, beberapa nama telah disebut-sebut akan dicalonkan di kawasan tersebut bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan.

Antara yang paling mencuri tumpuan sudah tentulah ura-ura penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dicalonkan PAS untuk bertanding disitu. Kebetulan, UAI adalah anak jati Terengganu, walaupun tidak berasal dari daerah Besut.

Tapi yang penting, Besut terletak dalam negeri Terengganu dan Azhar Idrus berasal dari negeri berkenaan.

Pencalonan UAI ini (kalau benar) memang satu berita yang sangat kita nantikan. Cuma masalahnya, UAI tidak berminat dengan politik, malah menolak untuk bertanding dalam PRU13 yang lepas atas tiket PAS, atas alasan yang beliau sendiri sahaja faham.