Saturday 27 April 2013

SAMPAH SAMPAH NEGARA!




HOT ! PERISIKAN SINGAPURA ADA BUKTI ANWAR KAKI LIWAT - CHANDRA MUZAFFAR




- Bekas Timbalan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar mendedahkan salah satu sebab utama beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari 2001 adalah kerana tabiat seks Ketua Pembangkang itu.Chandra berkata, walaupun pernah mempertahankan Ketua Pembangkang sewaktu pertuduhan liwat pada 1997, kepercayaannya lebur selepas dua pegawai kanan diplomatik mendedahkan Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar."Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat dengan pegawai kanan diplomatik Malaysia pada 1993 memberitahu beliau pelik kenapa Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak memecat Anwar kerana perisikan Singapura mempunyai bukti Anwar homoseksual," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai ahli panel pada Forum Nasional: Pakatan Tak Sepakat-Apa Kata Mereka anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia di sini hari ini.Pada 2010, sebuah akhbar Australia yang memperoleh maklumat sulit WikiLeaks mendedahkan, Kuan Yew pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) bahawa beliau mempercayai Anwar melakukan aktiviti liwat bersama seorang pembantu lelakinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.Maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008 turut mendedahkan agensi perisikan Singapura mempercayai Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berasaskan bukti risikan teknikal, yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah pintasan komunikasi.Dalam perkembangan yang sama,bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatil Badru Tun Said Keruakberkata, beliau secara peribadi percaya dan yakin Anwar seorang yang 'berpenyakit'.Sehubungan itu beliau meminta Presiden PKR dan juga isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak lagi bersubahat dengan individu seperti itu.Sepatutnya beliau berkata, Anwar diberikan nasihat dan dalam masa sama Penasihat PKR itu perlu meminta maaf kepada semua pihak.''Saya ketika dahulu tidak yakin dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar tetapi kini saya yakin bahawa Anwar sangat berbahaya. Saya minta Anwar meminta maaf kerana beliau mempunyai 'penyakit'.''Tidak guna kita bersubahat dengan individu sebegini. Saya juga kasihan terhadap apa yang menimpa sahabat saya. Kita jangan beri peluang kepada Anwar dan bagaimana kita boleh seorang ketua yang 'berpenyakit' sebegini?,'' ujarnya.Sementara itu, Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengulangi kenyataannya sebelum ini yang bertindak meninggalkan Anwar selepas menyiasat dan menemu bual 28 individu yang mempunyai kaitan dengan pemimpin pembangkang tersebut.Bermula dengan bekas Mufti Wilayah Persekutuan sehingga kepada Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor yang turut 'membuang' Anwar, semuanya memiliki alasan tersendiri mengapa mereka berbuat tindakan sedemikian.''Selepas siasatan itu, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Anwar. Selama 30 tahun saya berkawan dengan beliau dan saya tinggalkan beliau kerana masalah integriti moral serta hubungannya dengan pelobi asing. Pakar rujuk saya adalah Dr. Chandra.''Masih terakam dalam hansard Parlimen pada 1997, Karpal Singh kata Anwar seorang peliwat. Tetapi kini Pengerusi DAP itu pula kata Anwar layak menjadi Perdana Menteri. Itu belum lagi soal kalimah Allah yang menyaksikan Anwar bersekongkol dengan pakatan pembangkang dan inilah sebabnya saya harus menolak Anwar,'' tegasnya.

KERANA HASSAN ALI, PERMATANG PAUH SESAK MALAM TADI!!


ceramah semalam berlangsung di padang awam permatang pauh, kehadiran hadirin dikatakan hampir 5-6 ribu lautan manusia. apa anuar ibrahim tak rasa risau? ohh aku lupa manusia macam anuar ibrahim anggap tak perlu risau sebab dia memang boleh menang pun di permatang pauh kali ini.. sebab dia ditakdirkan hebat dan bagus..

Yang paling menarik, Dr Hasan Ali telah di"booo" oleh para hadirin ketika menyampaikan ucapan beliau. Semuanya bermula apabila Hasan Ali bertanya sama ada rakyat Permatang Pauh masih lagi mahu memilih seorang peliwat sebagai wakil rakyat mereka..

Hadirin yang hadir menunjukkan reaksi spontan dengan mem"boo" wajah Anwar yang terpapar di skrin gergasi di kawasan ceramah berkenaan..

baca seterusnya di mpp

[GOYANG] CERAMAH PKR DI PELABUHAN KLANG MENGAMIT 5 RIBU ORANG!! TAHNIAH KHALID GAGAP


hebat mb selangor ni, nampak gayanya dia boleh jadi lagi ni mb selangor untuk sepenggal lagi.. hebat gilos, berpusu-pusu manusia hadir demi peluk cium parti pkr, gile gempak... goyang kaki melihatnya, sampai terkedu, orang bn senyap seketika time ni...

cuba lihat hal sebenar yang berlaku bila ceramah anjuran pkr di tempat mereka sendiri? apakah keadaan ini dipanggil pkr kuat? hihihihi


Agak sukar bagi MB Selangor TS Khalid Ibrahim untuk mengekalkan label heavyweight yang diberikan olehnya kepada diri sendiri, jika kehadiran di majlis-majlis ceramahnya kekal di bawah 30 orang.

BACA SETERUSNYA DI SINI KLIK