Wednesday 29 May 2013

Tol Pantai Timur Naik,Antara Pembohongan Besiri PR

Mengenai isu pembayaran tol, kami sudah melakukan siasatan dan siasatan kami membawa kami kepada page Isu Politik Semasa Versi PR yang sekali lagi memainkan isu FITNAH dan KERJA BUSUK. Berserta penjelasan kami ialah printscreen daripada page bacul itu sendiri.

Pertama, saya seru semua perhatikan betul-betul papan hijau yang kononnya memaparkan bahawa harga tol dari Kuantan ke Temerloh, perhatikan konon harganya ialah RMM22.70. Selepas itu, perhatikan harga tol dari gambang ke Temerloh iaitu RM 22.20. Kemudian saya ajak anda semua perhatikan perbezaan bayaran tol dari tol lain ke tol yang lain, misalnya, dari Kuantan ke Jabuh, masakan terdapat lebih 10 ringgit sedangkan daripada Temerloh dan Pahang, hanya 50 sen sahaja? Jawapannya ianya sudah diedit!!!

Perhatikan tulisan atau nombor di papan hijau itu, RM 22.20 kelihatan lebih putih daripada angka lain. Bukti lain? Nah...

Pas Terus Dipersoal…Sokong Demokrasi Tetapi Jayakan Perhimpunan 505

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Pas hari ini dipersoalkan sampai bilakah mereka akan bermain wayang berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu setelah beberapa pemimpin mereka dilihat cukup bersemangat menjayakan perhimpunan 505.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Afandi Yusof berkata tindakan berkenaan akan terus menjadi tanda tanya kepada masyarakat umum akan sikap sebenar Pas berhubung perkara tersebut dan sewajarnya perkara tersebut perlu diperhalusi oleh pucuk pimpinan Pas.



Menurut beliau Pas tentunya akan dilabel sebagai parti yang tidak berprnisip setelah menerima kemenangan di Kelantan namun beberapa pemimpinya turut serta dalam perhimpunan tersebut.