Thursday 13 June 2013

Gempak Boikot Dewan Rakyat Satu Lagi Episod Memalukan Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 13 Jun – Kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bahawa partinya tidak akan memboikot majlis angkat sumpah Dewan Rakyat pada 24 Jun ini bukan saja satu lagi episod yang memalukan malah membuktikan bahawa ketidak sependapat berlaku antara beliau dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun,  untuk menutup kononnya tiadanya permasalahan antara mereka berdua, Azmin menuding jari kepada  media dengan menyatakan bahawa perkara sengaja digembar-gemburkan sedangkan perancangannya adalah untuk memboikot majlis taklimat Parlimen pada 11 jun lalu bukannya angkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.



Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari menyifatkan kenyataan Azmin itu adalah bukti bahawa wujudnya  ketidak kesefahaman di dalam parti berkenaan sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menafikan perkara  yang hangat diperkatakan.

“Jelaslah memang ada masalah dalam PKR, kenyataan Azmin itu jelas menunjukkan dia  tidak bersetuju dengan apa yang cuba dilakukan oleh Anwar, tetapi untuk menutup perkara itu dia menyalahkan pihak media.

“Itu sudah menjadi kebiasaan kepada pembangkang untuk menyalahkan media, apa cuba dilakukan  mereka nampaknya memakan diri, untuk menutup kesilapan itu sudah pasti pihak lain menjadi sasaran yang kononnya ingin memburuk-burukkan imej parti itu.

“Ini bukan sesuatu yang baru kepada pembangkang mereka akan cuba mencari apa jua alasan dan menyalahkan pihak lain, begitu juga dengan apa yang berlaku pada pilihan raya ke, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi sasaran selepas gagal menawan Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas menyataan Azmin bahawa PKR akan bersama-sama dengan DAP dan Pas untuk mengangkat sumpah sebagai  Ahli Dewan Rakyat, sedangkan Anwar dikatakan merancang untuk memboikot majlis berkenaan.

Menurutnya, apa yang berlaku itu menunjukkan adanya pertembungan pendapat antara kumpulan Anwar dengan Azmin,  bukan sahaja membabitkan isu memboikot Dewan Rakyat tetapi beberapa isu lain sebelum ini termasuk perlantikkan Menteri Besar Selangor.

“Bukan sahaja PKR, Anwar juga turut menghadapi masalah dengan rakan sekutunya DAP dan Pas. Keputusan Ahli Parlimen DAP dan Pas untuk tidak memboikot majlis angkat sumpah itu secara tidak langsung menunjukkan Anwar tidak mampu untuk mengawal kedua parti berkenaan untuk mengikut telunjuknya.

“Anwar kini sudah hilang taring, bukan sahaja di kalangan parti pembangkang, malah di dalam PKR sendiri apabila arahannya kini sudah berani disanggah oleh orang kepercayaannya, Azmin Ali,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment