Monday 6 May 2013

PERHIMPUNAN HARAM

Perhimpunan di Kelana Jaya, Rabu ini tidak sah di sisi undang-undang

KUALA LUMPUR 6 Mei - Perhimpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' yang dirancang pakatan pembangkang di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya pada Rabu ini bagi memprotes keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) merupakan suatu perhimpunan yang tidak sah di sisi undang-undang.
Ini berikutan polis sehingga kini belum menerima notis permohonan penganjuran daripada pihak penganjur.
Mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, polis sepatutnya menerima notis berhubung acara itu dalam tempoh 10 hari sebelum penganjuran.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi berkata, pihaknya masih kabur dengan penganjuran acara itu kerana tidak mendapat sebarang maklumat daripada penganjur.
"Ingin saya nasihatkan, mana-mana pihak yang ingin membuat acara sebegitu, datang kepada polis untuk memberi makluman serta menghantar notis bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku," katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130506/dn_14/Perhimpunan-di-Kelana-Jaya-Rabu-ini-tidak-sah-di-sisi-undang-undang#ixzz2SWMoXA6c
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment