Friday 17 May 2013

BODOH NAK MAMPOS!


BAKAL DIPENJARA..!!! Rayuan Shuhaimi ditolak..


Pilihan raya kecil DUN Sri Muda berkemungkinan besar bakal diadakan. Ini berikutan
permohonan penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei yang merayu berhubung kes menghasut
ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini.


Baca laporan Bernama ini:

PUTRAJAYA, 17 Mei (Bernama) — Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan anggota

Dewan Undangan Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei untuk mengetepikan tuduhan menghasut

yang dikenakan terhadapnya.


Mat Shuhaimi mengemukakan permohonan itu dengan mempertikai kesahan daripada segi

Perlembagaan Seksyen 4(1)© Akta Hasutan 1948, yang digunakan dalam pertuduhan

terhadapnya.

Dalam keputusan sebulat suaranya, panel tiga anggota yang diketuai Hakim Datuk Abdul Malik

Ishak, menyatakan seksyen itu sah di sisi perlembagaan kerana ia digubal oleh Parlimen.

"Seksyen ini kekal sebagai undang-undang yang sah hingga hari ini,” kata Abdul Malik yang

bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Mohamed dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Shuhaimi bakal dihadapkan di mahkamah 5 Jun ini dan jika bersalah dia bakal berhadapan

dengan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda hingga RM5,000. Dan jika Shuhaimi

didapati bersalah dan dikenakan hukuman tersebut, maka kedudukan Shuhaimi sebagai ADUN

secara automatik akan gugur.

Dan apabila keadaan itu berlaku maka SPR berhak mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi

kekosongan jawatan ADUN Sri Muda berkenaan. Apakah ini yang bakal berlaku di Sri Muda?

Meh kita pakat tunggu...

Selain di DUN Sri Muda, diketahui beberapa kerusi Parlimen dan DUN juga berkemungkinan

menyaksikan pilihan raya kecil memandangkan beberapa wakilnya sedang dan akan

berhadapan dengan kes mahkamah. Ada di antaranya macam susah nak terlepas.

Mari kita tunggu dan lihat siapa yang kenaaaaAAAAA!!
!

No comments:

Post a Comment