Pengundi Cina jerat diri sendiri
Oleh HAMIMAH HAMID
utusanperak@utusan.com.my
utusanperak@utusan.com.my
IPOH 8 Mei - Naib Pengerusi Gerakan Perak, Liew Yew Aw mengingatkan pengundi Cina yang menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sebenarnya sedang menjerat diri dan masa depan mereka sendiri.
Katanya, pengundi Cina itu memberi mesej salah kepada kerajaan sehingga mereka dilabel golongan berpaling tadah dan mengkhianati parti yang selama ini banyak membantu mereka.
Yew Aw yang tewas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong kepada calon DAP, Loh Sze Yee dengan majoriti 6,769 undi menegaskan, sekiranya pengundi Cina masih tidak menyedari permainan politik kotor pembangkang, mereka akan dianggap tidak membalas budi.
"Saya harap pengundi Cina cepat sedar perkara ini dan membalas budi kerajaan serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Janganlah mudah terpengaruh dengan mainan politik kotor pembangkang.
"Sekarang ini mereka keliru. Jika kita lihat kaum lain tidak menolak dan memang mahukan kerajaan BN. Cuma pengundi Cina ini sekarang mereka dikelirukan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pilihan raya umum Ahad lalu, BN berjaya membentuk semula kerajaan di Perak dengan memperoleh 31 daripada 59 kerusi DUN, tetapi 'tsunami Cina' yang berlalu di seluruh negara menyaksikan semua calon MCA dan Gerakan di Perak tewas kecuali Ketua Pemuda MCA Perak, Datuk Mah Hang Soon yang menang di Chenderiang.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130509/px_03/Pengundi-Cina-jerat-diri-sendiri#ixzz2SnSBngf3
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment