Tuesday 9 July 2013

Tengku Zaihan Calon BN Prk Kuala Besut N-01

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Dataran Kuala Besut, sebentar tadi dan disambut sorakan kira-kira 3,000 penyokong BN yang hadir.
Hadir sama pada majlis pengumuman itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Dato’ Seri Idris Jusoh dan para pemimpin parti komponen.
Dalam ucapannya, Muhyiddin yakin Tengku Zaihan adalah taruhan terbaik BN untuk pengundi di DUN Kuala Besut berdasarkan pengalaman luas beliau dalam jabatan kerajaan dan boleh diterima rakyat khususnya golongan muda.
Tegas beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, pemilihan Tengku Zaihan dibuat selepas melalui proses pemilihan yang ketat apabila disaring berkali-kali oleh pucuk pimpinan parti.
“Saya yakin ini adalah calon terbaik. Memang kita janjikan kepada pengundi bahawa kita akan letak calon terbaik. Calon yang diterima oleh semua,” ujar beliau.
Tengku Zaihan ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak yang memilih beliau sebagai calon pilihan raya berkenaan yang disifatkannya sebagai ‘pilihan raya kecil yang besar’.

Tuesday 2 July 2013

Dr. Rani Kata Blackout505 Sama Dengan menyamai dengan ibadah haji

Apa nak jadi dengan pemimpin PAS sekarang ini yang sanggup menjadikan agama Islam sebagai bahan jenaka politik dalam Dewan Negeri Selangor sebentar tadi.

Sambil mengeluarkan fatwa baru dalam Sidang Dewan DUN Selangor sebentar tadi Dr. Rani Osman, ADUN Meru mengatakan kepada barisan ADUN yang ada di dalam dewan yang himpunan blackout505 anjuran pakatan haram pembangkang adalah menyamai dengan ibadah haji dan umrah umat Islam.

Dikatakan lagi yang himpunan blackout505 adalah dituntut dalam Islam kerana mahu memberi amaran kepada kerajaan persekutuan yang zalim dan menipu dalam pilihanraya sejak 50 tahun yang lalu.

Sunday 30 June 2013

Sebarang Keputusan PRK DUN Kuala Besut Tidak Jejaskan Kerajaan BN Terengganu

BESUT: Sebarang keputusan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak akan membawa kepada perubahan pimpinan kerajaan negeri Terengganu yang kini diterajui Barisan Nasional (BN), kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata biarpun kedudukan akan menjadi 16-16 seandainya kemenangan menyebelahi pembangkang namun undi pemutus Speaker DUN, yang kini disandang Mohd Zubir Embong, bakal merubah kedudukan menjadi 17-16 membolehkan BN terus berkuasa di negeri ini.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu, BN Terengganu memenangi 17 kerusi DUN manakala pembangkang meraih 15 kerusi DUN untuk BN membentuk kerajaan negeri yang diketuai Datuk Seri Ahmad Said sebelum berlaku kekosongan kerusi di DUN itu berikutan kematian wakil rakyatnya Dr A Rahman Mokhtar, Selasa lalu.

Friday 28 June 2013

Azhar Idrus Calon PAS Kuala Besut?

SEJAK kerusi DUN Kuala Besut kosong beberapa hari lepas akibat kematian ADUNYA, Datuk Dr. A Rahman Mokhtar akibat kanser dan komplikasi paru-paru, beberapa nama telah disebut-sebut akan dicalonkan di kawasan tersebut bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan.

Antara yang paling mencuri tumpuan sudah tentulah ura-ura penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dicalonkan PAS untuk bertanding disitu. Kebetulan, UAI adalah anak jati Terengganu, walaupun tidak berasal dari daerah Besut.

Tapi yang penting, Besut terletak dalam negeri Terengganu dan Azhar Idrus berasal dari negeri berkenaan.

Pencalonan UAI ini (kalau benar) memang satu berita yang sangat kita nantikan. Cuma masalahnya, UAI tidak berminat dengan politik, malah menolak untuk bertanding dalam PRU13 yang lepas atas tiket PAS, atas alasan yang beliau sendiri sahaja faham.

Wednesday 26 June 2013

Pilihan raya akan di adakan di dun kuala besut berikutan kematian Dr ab Rahman

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mohd Zubir Embong akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok, untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kekosongan kerusi itu berlaku berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 10.18 hari ini akibat kanser paru-paru.

"Esok saya akan menyerahkan surat warta kekosongan kepada SPR Terengganu untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari selepas ia diwartakan,"ini bagi memebolehkan piliharaya kecil dun kuala besut di adakan,pada

Tuesday 25 June 2013

Lagi Pengikut Pas Ubah Tafsir Alquran


Subhanallah !!! Awat ingat Al-Quran tu hak milik Nik Aziz ka boleh main ubah-ubah ? Apa dah jadi dengan makhluk PAS ni !!! Al-Quran tu dah cukup sempurna diciptakan Allah untuk kita , awat nak main ubah-ubah ?? nak bagi jadi kitab Injil ka ??

Nilah akibat daripada ajaran songsang kaum PAS, habis semua nak diubah dan difatwakan ikut perut sendiri !!! sumber gambar > https://www.facebook.com/photo.php?fbid=149588868559853&set=p.149588868559853&type=1&theater facebook jemaah islam aka Pascaw kgjayasetia > https://www.facebook.com/pascaw.kgjayasetia