Sunday 28 April 2013

EKONOMI DUNIA BAWA MALAYSIA MUSNAH JIKA ANUWAR JADI PM

-Tun Daim Zainudin



Malaysia akan berada dalam situasi bahaya sekiranya rakyat memilih pihak yang tidak berpengalaman untuk menerajui kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata, dalam keadaan krisis ekonomi yang melanda dunia ketika ini, ia bukanlah masa yang sesuai untuk rakyat menukar tampuk pemerintahan negara dengan menyerahkannya kepada pakatan pembangkang yang tidak mempunyai pengalaman.

Apatah lagi jika Ketua Pembangkang diangkat sebagai PM bagi meneruskan misi sulit yang pernah dibawanya bersama beberapa tokoh US ke Negara ini.

"Sekarang ini krisis ekonomi dunia, di Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, India, China, masalah ekonomi akan berlaku.

"Kalau kita ambil kerajaan yang kita tidak tahu, tidak ada pengalaman... lingkuplah negara kita, " katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Jentera PRU13 Parlimen Merbok di sini, hari ini.

Mengenai PRU13, Daim berkata, beliau berkeyakinan Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasa sebagai Kerajaan Persekutuan, dan BN  empunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan kembali Kedah dan Selangor, yang kini ditadbir parti pembangkang.

Beliau berkata, ini boleh dicapai sekiranya pemimpin dan anggota Umno serta parti komponen BN bersatu.

Mengenai insiden letupan ketika ceramah BN di Pulau Pinang dan Perak, Daim berkata, tindakan sedemikian dilakukan oleh mereka cuba mewujudkan rasa takut di kalangan rakyat.

-Gelombang Rakyat-

No comments:

Post a Comment